Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Sunday, April 10

ikan tuka masak kari

dapurku berasap di pagi buta...

baru sekejap tadi sampai dari tanjung karang. en suami asalnya disitu. dah lama juga tak balik...atok ngan nenek tengok cucu dah besar.hehe...cepatnya masa berlalu...
sampai rumah sahaja, saya terus asah pisau. nak menyiang ikan2 yang dibeli dekat pasar sekinchan tadi. harganya yg murah, membuatkan en suami beli tanpa memikirkan space dalam freezer. tak ape lah, plan B nya, tumpang la ikan dan ketam di rumah mak saya...selalunya tak keberatan ;p


lepas siang ketam dan ikan pelaling, saya menyiang tuka yang ada dalam 5ekor.erm, tak sempat nak makan semuanya. so, en suami suruh bagi mak saya terus.  pasal rumah mak saya ramai penghuninya. dapat la saya siang se ekor untuk di masak kari dan bawa bekal ke tempat keje besok. bahannya juga simple. ade bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ikan dan bendi. kalau saya masak kari ikan memang tak guna santan... ;) jadilah tu..
jam pon dah pukul 2..selamat malam ;)

Saturday, April 2

sup telur dan ikan tenggiri jeruk

akhirnya semalam, masak 3 lauk untuk 2 org makan. licin licau. habis la tu maksudnya. alhamdulillah. jadinya semalam lauk simple yang berjaya dimasak ialah, terung ggoreng sambal cili api, ikan tenggiri jeruk goreng cili api (cili api lagi??) dan sup telur berkentang dan bercendawan. hal nya nama jadi begitu, sebab main campak2 stok yang ada. sedinh yer. tp en suami, makan sampai hirup pinggan. sedapla gamaknya tu..hihi. thank you en suami! walaupun simple saya amat puas hati..lepas ni saya repeat lagi ;)

About Me

cheras, kuala lumpur, Malaysia
mother to 2 handsome boys, who has a passion of cooking and baking...passion saje la...