Wednesday, April 6

jantung pisang

minggu lepas adalah 1st time saya rasa jantung pisang. tengok kawan2 acap sangat makan jantung, terdetik nak rasa sikit. sedap rupanya jantung ni.huhu..kalau ku tahu,, :p

hari jumaat lepas, ada abang yang jual sayur2an kampung dekat pasar malam taman sri nanding. niat di hati nak cuba la masak jantung pisang ni. tak kira la, celur ke, masak rebus ke...bila tanya berapa ringgit 1 ni, RM 1 rupa2nya. kalau ku tahu murah mcm ini, hari2 makan pon tak apa :D

dah beli, fikir pula nak masak macam mana. tak ada pengalaman sebenarnya. en suami pon cuba memberi idea, macam mana nak siang jantung ni.. akhirnya, jadi juga la lauk sayur malam tu. saya letak bawang putih dan bawang merah, cili api dan sedikit udang kering dan kunyit serbuk.


saya suka! saya suka! disebabkan murah, senang dan sedap, saya akan cuba masak lagi...nyam! mlm tu, lawannya dengan ikan goreng dan nasi panas..fuhhh!

No comments:

Post a Comment

About Me

cheras, kuala lumpur, Malaysia
mother to 2 handsome boys, who has a passion of cooking and baking...passion saje la...