hari ini sangat penat. ada post mortem tadi. tak diberitahu awal2. saya agak terkejut dan malas pun ada. hehe...post mortem baby adalah satu benda yang amat memenatkan. dia bukan penat ape pon, penat menunggu jerr..hehe
pagi tadi si abang menangis sahaja bila dihantar ke rumah mak. bukan sengaja nak cubit. tahap geram dah melepasi had. kesian pon ada. abang, abang...
bila sudah sampai rumah mak, baru sahaja turun kereta, ada pula makcik nab menegur. kawan mak saya jugalah. dia terkejut tengok si adik sambil bertanya bila pula saya bersalin yang nombor 2. sebab masa mengandung perut saya ala-ala tak nak membesar sangat, orang lain tak perasan. kejadian sama la masa si abang dulu. mak saya sedang mencangkul tanah untuk tanam uri. jiran sebelah tanya mak saya nak buat apa lubang tu..bila diberitahu nak tanam uri si anne (saya lah tu), dia bertanya pula bila saya mengandung.. adoi lah!
bersambung dengan cerita makcik nab tadi. dia seronok sangat tengok mata anak2 saya yang besar tu. puji-pujian pergi ke ayahnya la..."amboi cantiknya..macam ayah dia lah! sama dengan si abang"...
owhh..saya sebenarnya sudah lali dengan phrase2 begitu...saya pon mengakuinya
nak dijadikan ceritanya, makcik nab dah melangkah pergi, tak semena dia berpaling dan cakap.. "mak nya pon cantik jugakkk..." hehe akhirnya ada pujian untuk ibu pula ;) makcik nab
ala makcik nab oii, saya tak berkecil hati pon... :p
No comments:
Post a Comment