Thursday, April 21

projek owh projek

chasing me, chasing me not...
minggu ni agak stress. stress dengan keadaan rumah, ,stress dengan tempat kerja, stress dengan masa. satu jer time saya tak stress. time berchatting dengan kawan lama. bukan apa, hanya untuk merapatkan silaturrahim yang dah lama putus..wahhh...

doktor kat makmal, sudah start chase saya untuk melengkapkan projek mereka. buat masa sekarang, saya sudah melepaskan 3 projek (makna nya saya sudah settlekan) cuma berbaki master surgeri ukm dan seorang upm. bila la mereka nak tamatkan stress saya ni...saya tunggu ucapan "ok, kes saya dah lengkap" besoknya adalah honeymoon bagi saya...wow!

saya rasa betul kata kak jumie, workmate saya. saya ni perlukan cuti yang panjang...huh!

Thursday, April 14

apam pisang




bulan mac hari tu, kami sekeluarga pergi ke kelantan untuk attend wedding kawan se kursus masa di UITM dulu. kalau da ke kelantan, tak singgah di rantau panjang, memang tak sah la. dekat sana, saya sempat grab satu kukusan untuk menambah gadget dapur saya yang comel ini. baru hari rabu lepas, terasmilah kukusan ini. saya test buat apam pisang dari blog kak jun yummylicious. kalau nak cuba juga, klik sahaja dekat resepi
 


saya buat versi org diabetes..hehe. kurang gula...saya mengaku yg ia sedap..hehehe...

Wednesday, April 13

cantik macam ayah die...

assalamualaikum...
hari ini sangat penat. ada post mortem tadi. tak diberitahu awal2. saya agak terkejut dan malas pun ada. hehe...post mortem baby adalah satu benda yang amat memenatkan. dia bukan penat ape pon, penat menunggu jerr..hehe

pagi tadi si abang menangis sahaja bila dihantar ke rumah mak. bukan sengaja nak cubit. tahap geram dah melepasi had. kesian pon ada. abang, abang...

bila sudah sampai rumah mak, baru sahaja turun kereta, ada pula makcik nab menegur. kawan mak saya jugalah. dia terkejut tengok si adik sambil bertanya bila pula saya bersalin yang nombor 2. sebab masa mengandung perut saya ala-ala tak nak membesar sangat, orang lain tak perasan. kejadian sama la masa si abang dulu. mak saya sedang mencangkul tanah untuk tanam uri. jiran sebelah tanya mak saya nak buat apa lubang tu..bila diberitahu nak tanam uri si anne (saya lah tu), dia bertanya pula bila saya mengandung.. adoi lah!

bersambung dengan cerita makcik nab tadi. dia seronok sangat tengok mata anak2 saya yang besar tu. puji-pujian pergi ke ayahnya la..."amboi cantiknya..macam ayah dia lah! sama dengan si abang"...
owhh..saya sebenarnya sudah lali dengan phrase2 begitu...saya pon mengakuinya la. berulang kali juga la makcik nab mengulang ayat yang sama. saya hanya tersenyum.

nak dijadikan ceritanya, makcik nab dah melangkah pergi, tak semena dia berpaling dan cakap.. "mak nya pon cantik jugakkk..." hehe akhirnya ada pujian untuk ibu pula ;) makcik nab pon terpaksa menjerit sikit, sebab jarak yang sudah jauh...

ala makcik nab oii, saya tak berkecil hati pon... :p

Monday, April 11

ketam sekinchan

4 ekor ketam jadi korban semalam. erm, saya sempat makan seekor jer. yang lagi 3 dibelasah oleh en suami...makan dengan nasi terlebih air memang sedap :p nasi 2 pot kecik pon habis.. weee...almaklumlah, 2 org sahaje yang makan.
sayur saya tak masak pula semalam. azfar, yang kecik tu, mengengek sahaja. nasiblah sup ini berdikari, boleh ditinggal masak sendiri...kalau tak, tak makan la kami.. :)

my favourite...tempe

saya bukan orang jawa...
iye, tapi saya amat sangat dah fall in love dengan tempe sejak..erm..tak ingat bila. tapi rasa lemak nya amat saya gemari. oleh itu,saya kalau ke pasar, kalau nampak je tempe yang cantik2, terus jer saya beli. masak perkara ke 2...


 sambal goreng jawa macam gambar di atas ni, cubaan kali ke 2 saya buat. erm, bahannya memang tak lengkap. kira bukan sambal goreng jawa la ye.. :p cubaan kali pertama lengkap dengan fucuk, tauhu, tempe, kacang panjang dan suhun..kali ke 2, ade lah saya letak lengkuas, santan dan kicap...tak ikut resepi betul!
erm sayur kacang buncis dan tempe ni la yang paling saya dan en suami gemari. cuma letak hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. ikan bilis pula sebagai rencahnya...

i just love tempe...

Sunday, April 10

ikan tuka masak kari

dapurku berasap di pagi buta...

baru sekejap tadi sampai dari tanjung karang. en suami asalnya disitu. dah lama juga tak balik...atok ngan nenek tengok cucu dah besar.hehe...cepatnya masa berlalu...
sampai rumah sahaja, saya terus asah pisau. nak menyiang ikan2 yang dibeli dekat pasar sekinchan tadi. harganya yg murah, membuatkan en suami beli tanpa memikirkan space dalam freezer. tak ape lah, plan B nya, tumpang la ikan dan ketam di rumah mak saya...selalunya tak keberatan ;p


lepas siang ketam dan ikan pelaling, saya menyiang tuka yang ada dalam 5ekor.erm, tak sempat nak makan semuanya. so, en suami suruh bagi mak saya teruspasal rumah mak saya ramai penghuninya. dapat la saya siang se ekor untuk di masak kari dan bawa bekal ke tempat keje besok. bahannya juga simple. ade bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ikan dan bendi. kalau saya masak kari ikan memang tak guna santan... ;) jadilah tu..
jam pon dah pukul 2..selamat malam ;)

roti john bujang

pagi-pagi sabtu, bangun awal. sebabnya saya nak pergi kerja. bukan selalu buat OT. kalau tak ada orang datang buat, saya offer diri lah. habis bulan, boleh claim, kan? hehe. pagi tadi ada buat breakfast sikit. pasal adik ada dekat rumah. tolong jagakan abang yang sulung. en suami pon akan berkerja hari ini. so, saya buat roti john yang simple je. ada daging kisar lebih hari tu, so on aje la masak roti john bujang kot namanya..hehe ;)

daging kisar nya saya goreng tanpa minyak dulu bersama serbuk ketumbar dan tambah garam dan perasa. kemudian telur saya pukul dan campur daging yang masak awal tadi, dan campak sekali tomato yang di potong dadu. jadilah tu..

Friday, April 8

stress

hari itu, saya sangat tertarik dengan gambar apam di blog kak jun yummylicious yang nampak sangat sedap! (apelah yang tak sedapnya saya ni). barang dapur da ade. kukusan pon sudah beli. nak start buat jer nie. insya Allah, balik kerja hari ni, saya nak singgah pasaraya lagi. mencari bahan yang tidak kecukupan. ermm..menjadi ke tidak yer..

tadi di makmal pula, nak dijadikan cerita, saya ada buat silap dalam susunan slaid control yang digunakan untuk menjalankan ujian histokimia. alamatnya, saya kami (geng saya Hana) diserang dengan doktor yang minta ujian tu...fuhh...kesian pula saya tengok dr tu yang stress. abis nak buat macam mana. benda dah jadi...tp bukan sekali, tp 2 kali..hehe. nasiblah badan.

macam macam lah!

Wednesday, April 6

bergedil daging...

sudah dekat 3 ke 4 kali saya tanya mak saya mcm mane nak buat bergedil. asyik tanya jer, buat nyer tidak. sudah tu, saya pulak yg jenis tk suka menyalin resepi. main ingat dalam kepala jer...bile lupa, tanya balik. nasib baik mak saya seorang yang sangat bersemangat bila cakap pasal masak-masak. lagi2 afc jer mak saya tengok.

akhirnya, berjaya juga saya buat bergedil. walau pun penat balik keje, saya tetap teruskan juga. lagi sebelum ambil abang sulung dirumah mak saya pergi beli mincemeat kat pasaraya. lepas 30 minit, jadi la bergedil saya. nampak sedap kan..hehe ;)

 mengikut resepi mak saya, yang saya pon tak tanya asal usul nya, senang aje. abang yang sulung pon sangat suka. en suami yang tak makan makanan macam ni pon, di perabihkannya. lapar kot.. :p

bahan2:
  • kentang digoreng
  • bawang kecil digoreng dan diramas
  • daging kisar di goreng tanpa minyak dan di tambah dengan sedikit serbuk kurma dan perasa
  • telur
  • tepung jagung
sukatan pon main agak2 jer. insya Allah jadi. benda ni senang dibuat. saya pon dah offer mak saya, kalau buat soto, saya bole buatkan bergedilnya ;). selalunya mak saya tak buat bergedil pasal agak leceh...
daging kisar banyak lagi. so, lepas ni buat lagilah! buat dan buat sampai jemuuu.. ;)

stok ebm

huhu...da kene sound. ketua kat tpt keje dah bagi hint untuk bawak balik susu perahan. tengok keadaan fridge kat rumah ni, macam mana saya nak bawak balik... im sorry guys, nanti ada ruang sikit, saya akan bawak balik bulan februari punya yer. ade la ruang utk kawan kawan buat ais untuk melepaskan gian...hehe

jantung pisang

minggu lepas adalah 1st time saya rasa jantung pisang. tengok kawan2 acap sangat makan jantung, terdetik nak rasa sikit. sedap rupanya jantung ni.huhu..kalau ku tahu,, :p

hari jumaat lepas, ada abang yang jual sayur2an kampung dekat pasar malam taman sri nanding. niat di hati nak cuba la masak jantung pisang ni. tak kira la, celur ke, masak rebus ke...bila tanya berapa ringgit 1 ni, RM 1 rupa2nya. kalau ku tahu murah mcm ini, hari2 makan pon tak apa :D

dah beli, fikir pula nak masak macam mana. tak ada pengalaman sebenarnya. en suami pon cuba memberi idea, macam mana nak siang jantung ni.. akhirnya, jadi juga la lauk sayur malam tu. saya letak bawang putih dan bawang merah, cili api dan sedikit udang kering dan kunyit serbuk.


saya suka! saya suka! disebabkan murah, senang dan sedap, saya akan cuba masak lagi...nyam! mlm tu, lawannya dengan ikan goreng dan nasi panas..fuhhh!

Saturday, April 2

sup telur dan ikan tenggiri jeruk

akhirnya semalam, masak 3 lauk untuk 2 org makan. licin licau. habis la tu maksudnya. alhamdulillah. jadinya semalam lauk simple yang berjaya dimasak ialah, terung ggoreng sambal cili api, ikan tenggiri jeruk goreng cili api (cili api lagi??) dan sup telur berkentang dan bercendawan. hal nya nama jadi begitu, sebab main campak2 stok yang ada. sedinh yer. tp en suami, makan sampai hirup pinggan. sedapla gamaknya tu..hihi. thank you en suami! walaupun simple saya amat puas hati..lepas ni saya repeat lagi ;)

menu malam nanti...

biasanya hari minggu macam ni, mesti pecah kepala nak fikir masak apa. selalu yang bergoreng dan simple2 sahaja. en suami suka makan yang simple. pasal en suami bukan macam isterinya, semua bende bole dimakan..hehe. masa macam ini la, pergi tengok blog2 favourite. amik inspirasi nak masak apa.
lagi lagi, lauk basah memang tak ada simpan stok. almaklumla, freezer penuh dengan hasil perahan. hihi...alhamdulillah. stok ikan kering ade lah. boleh jadi lauk untuk malam ni. yang penting,
 "makan utk hidup, bukan hidup utk makan" ;)

on your mark...

assalamualaikum... dah 6 tahun berhenti berblog...now i start again with new passion. dan semestinya, cerita hidup ku yang iNdah... ;)

About Me

cheras, kuala lumpur, Malaysia
mother to 2 handsome boys, who has a passion of cooking and baking...passion saje la...