Thursday, April 21

projek owh projek

chasing me, chasing me not...
minggu ni agak stress. stress dengan keadaan rumah, ,stress dengan tempat kerja, stress dengan masa. satu jer time saya tak stress. time berchatting dengan kawan lama. bukan apa, hanya untuk merapatkan silaturrahim yang dah lama putus..wahhh...

doktor kat makmal, sudah start chase saya untuk melengkapkan projek mereka. buat masa sekarang, saya sudah melepaskan 3 projek (makna nya saya sudah settlekan) cuma berbaki master surgeri ukm dan seorang upm. bila la mereka nak tamatkan stress saya ni...saya tunggu ucapan "ok, kes saya dah lengkap" besoknya adalah honeymoon bagi saya...wow!

saya rasa betul kata kak jumie, workmate saya. saya ni perlukan cuti yang panjang...huh!

Thursday, April 14

apam pisang




bulan mac hari tu, kami sekeluarga pergi ke kelantan untuk attend wedding kawan se kursus masa di UITM dulu. kalau da ke kelantan, tak singgah di rantau panjang, memang tak sah la. dekat sana, saya sempat grab satu kukusan untuk menambah gadget dapur saya yang comel ini. baru hari rabu lepas, terasmilah kukusan ini. saya test buat apam pisang dari blog kak jun yummylicious. kalau nak cuba juga, klik sahaja dekat resepi
 


saya buat versi org diabetes..hehe. kurang gula...saya mengaku yg ia sedap..hehehe...

Wednesday, April 13

cantik macam ayah die...

assalamualaikum...
hari ini sangat penat. ada post mortem tadi. tak diberitahu awal2. saya agak terkejut dan malas pun ada. hehe...post mortem baby adalah satu benda yang amat memenatkan. dia bukan penat ape pon, penat menunggu jerr..hehe

pagi tadi si abang menangis sahaja bila dihantar ke rumah mak. bukan sengaja nak cubit. tahap geram dah melepasi had. kesian pon ada. abang, abang...

bila sudah sampai rumah mak, baru sahaja turun kereta, ada pula makcik nab menegur. kawan mak saya jugalah. dia terkejut tengok si adik sambil bertanya bila pula saya bersalin yang nombor 2. sebab masa mengandung perut saya ala-ala tak nak membesar sangat, orang lain tak perasan. kejadian sama la masa si abang dulu. mak saya sedang mencangkul tanah untuk tanam uri. jiran sebelah tanya mak saya nak buat apa lubang tu..bila diberitahu nak tanam uri si anne (saya lah tu), dia bertanya pula bila saya mengandung.. adoi lah!

bersambung dengan cerita makcik nab tadi. dia seronok sangat tengok mata anak2 saya yang besar tu. puji-pujian pergi ke ayahnya la..."amboi cantiknya..macam ayah dia lah! sama dengan si abang"...
owhh..saya sebenarnya sudah lali dengan phrase2 begitu...saya pon mengakuinya la. berulang kali juga la makcik nab mengulang ayat yang sama. saya hanya tersenyum.

nak dijadikan ceritanya, makcik nab dah melangkah pergi, tak semena dia berpaling dan cakap.. "mak nya pon cantik jugakkk..." hehe akhirnya ada pujian untuk ibu pula ;) makcik nab pon terpaksa menjerit sikit, sebab jarak yang sudah jauh...

ala makcik nab oii, saya tak berkecil hati pon... :p

Monday, April 11

ketam sekinchan

4 ekor ketam jadi korban semalam. erm, saya sempat makan seekor jer. yang lagi 3 dibelasah oleh en suami...makan dengan nasi terlebih air memang sedap :p nasi 2 pot kecik pon habis.. weee...almaklumlah, 2 org sahaje yang makan.
sayur saya tak masak pula semalam. azfar, yang kecik tu, mengengek sahaja. nasiblah sup ini berdikari, boleh ditinggal masak sendiri...kalau tak, tak makan la kami.. :)

my favourite...tempe

saya bukan orang jawa...
iye, tapi saya amat sangat dah fall in love dengan tempe sejak..erm..tak ingat bila. tapi rasa lemak nya amat saya gemari. oleh itu,saya kalau ke pasar, kalau nampak je tempe yang cantik2, terus jer saya beli. masak perkara ke 2...


 sambal goreng jawa macam gambar di atas ni, cubaan kali ke 2 saya buat. erm, bahannya memang tak lengkap. kira bukan sambal goreng jawa la ye.. :p cubaan kali pertama lengkap dengan fucuk, tauhu, tempe, kacang panjang dan suhun..kali ke 2, ade lah saya letak lengkuas, santan dan kicap...tak ikut resepi betul!
erm sayur kacang buncis dan tempe ni la yang paling saya dan en suami gemari. cuma letak hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. ikan bilis pula sebagai rencahnya...

i just love tempe...

Sunday, April 10

ikan tuka masak kari

dapurku berasap di pagi buta...

baru sekejap tadi sampai dari tanjung karang. en suami asalnya disitu. dah lama juga tak balik...atok ngan nenek tengok cucu dah besar.hehe...cepatnya masa berlalu...
sampai rumah sahaja, saya terus asah pisau. nak menyiang ikan2 yang dibeli dekat pasar sekinchan tadi. harganya yg murah, membuatkan en suami beli tanpa memikirkan space dalam freezer. tak ape lah, plan B nya, tumpang la ikan dan ketam di rumah mak saya...selalunya tak keberatan ;p


lepas siang ketam dan ikan pelaling, saya menyiang tuka yang ada dalam 5ekor.erm, tak sempat nak makan semuanya. so, en suami suruh bagi mak saya teruspasal rumah mak saya ramai penghuninya. dapat la saya siang se ekor untuk di masak kari dan bawa bekal ke tempat keje besok. bahannya juga simple. ade bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ikan dan bendi. kalau saya masak kari ikan memang tak guna santan... ;) jadilah tu..
jam pon dah pukul 2..selamat malam ;)

roti john bujang

pagi-pagi sabtu, bangun awal. sebabnya saya nak pergi kerja. bukan selalu buat OT. kalau tak ada orang datang buat, saya offer diri lah. habis bulan, boleh claim, kan? hehe. pagi tadi ada buat breakfast sikit. pasal adik ada dekat rumah. tolong jagakan abang yang sulung. en suami pon akan berkerja hari ini. so, saya buat roti john yang simple je. ada daging kisar lebih hari tu, so on aje la masak roti john bujang kot namanya..hehe ;)

daging kisar nya saya goreng tanpa minyak dulu bersama serbuk ketumbar dan tambah garam dan perasa. kemudian telur saya pukul dan campur daging yang masak awal tadi, dan campak sekali tomato yang di potong dadu. jadilah tu..

About Me

cheras, kuala lumpur, Malaysia
mother to 2 handsome boys, who has a passion of cooking and baking...passion saje la...