happy birthday to my 2nd precious, ahmad al-azfar. happy 1st birthday (13 nov)...dah bosau da dierr...yang tak besar, badan nyer jew..huhu
skali kan la ngan birthday abang zafri (2 okt)..nak buat tiap bulan??? tak larat la ibu...lg2 adik korang nie, blom kuar lagi.. :D
niat buat majlis kesyukuran kecik2 kat lab, da tercapai. pulut kuning, rendang daging, ayam bumbu bali, ngan cupcakes, dah berjaya mengenyangkan mereka mereka itu...orange blended cupcakes ku yg manis...huuu
Blended Orange Cake™
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
- 1 bji buah limau (aku tambah perasa oren sikit. buah oren tak cukup..hihi)
- 1 cawan minyak
- 2 cwn gula halus (1 1/2 cwn pun da ckup..kalu 2 jd mns sgt) * aku buat jadi 1 cawan je. tu ponn..tobat manisnye!
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung kek
- 1 cawan coklat cip * tambah sebab banyak stok kat uma. takut expired :p
Cara-cara
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam kertas cupcake tu. jangan lebih separuh pon (kalau nak letak topping)
- Bakar pd suhu 170C selama 20min je. kalau pakai, loyang masak 45min hingga 1 jam atau hingga masak.
resepi ni kak ipa aku bg. aku penah terjumpa kat satu blog tu. hampir serupa. tp terlupa plak nama blognyer...
tk sedap tak pe, janji jadi..haha
OREO BUTTERCREAM (asal jadi..)
- 1 buku butter (250gram)
- 1/2 cawan gula ising
- 1 sudu besar air panas
- 2 sudu teh esen vanilla
- oreo separuh peket (ikut suka hang sebenarnya..jgn lupa kisar halus)
pukul butter (suhu bilik) hingga lembut. tambah gula, air panas dan esen. last skali tambah oreo. kacau sebati..siap!
niat dihati nak buat home made fresh cream. tp tak sempat. len kali la kawan-kawan...
sprinkle dengan manik2 ni3...
begitu la kisah nye kerja keras untuk birthday anak2..huhu...penat tapi sukerrrr... ;)
No comments:
Post a Comment