Wednesday, May 18

"maggi campak-campak"


bile datang jer hari sabtu, akal ni, takdapat nak bergerak ngan pantas. bukan spt hr2 yang bekerja. lepas tu, dtg la penyakit M ni. nak masak, tak de barang pulak. yang ada, stok2 makanan kering ni la. saye kire, asalkan kenyang, jadilah tu. "megi campak-campak" org panggil...hehe. teringat saye di zaman sekolah menengah. sahabat karib saya, siti, pernah mengajar saya mcm mana nak buat megi yang sedap. pada saya, memang tip top la meginya. pada org lain, tak tau pulak. sampai sekarang, bila masak megi, saya akan pakai kaedah yang sama...
  • megi kari speket (tested only on megi kari)
  • 5 batang cili api (heheee..lagi podeh, lagi sodap!)
  • asam keping (sekeping)
  • telur (sebiji..kalau 2, lapa bonar la kau!)
cara masak, takkan nak bagitau la pulak kan. tp keqdah saye slalu buat...
  • didihkan air
  • masukkan perencah n kacau dengan beria-ia agar tk berketul..
  • masukkan cili padi n asam keping
  • didihkan sedikit
  • masukkan mee nyer (slalu sy akan renyuk2 megi tu masa dalam packaging lagi, smpai patah kecik2..so, sonang makan pakai sudu jerr... :D)
  • mee kombang kejap jer. didihkan lagi
  • masukkan telur
  • didihkan kojap
  • tutup api
  • telur yg belum masak, ditutup atasnya dengan mee megi tu..
  • biarkan sejuk
keqdah nak makan pon boleh ditunjuk cara...hehe
  • sebelum makan, test kepedasan kuah...
  • tenyeh2 cili api (smpi berair tlinge)
  • makan mee nyer dulu, sambil2 hirup kuah...
  • las skali (tinggal kuah ngan telor je) pecah kan telur kuning yg agak cair tu, dan hirup ngan sup kari yg podeh...terangkat beb!
cubelah.. ;)

2 comments:

  1. mak ai...podeh yoo!! 5 cili padi n sepeket megi jer!! pergh!! ngeri kot nk meneray..huuu...

    ReplyDelete
  2. aler..ikut degree kepedasan memasing lerr...

    ReplyDelete

About Me

cheras, kuala lumpur, Malaysia
mother to 2 handsome boys, who has a passion of cooking and baking...passion saje la...